Ini merupakan exercise dakian Gunung Tahan kali kedua aku bersama otai-otai komando. Kali pertama pada tahun 2008. Berbeza dengan exercise kali pertama, exercise kali ini berkonsepkan santai dan bukan acara ’kuda ku lari’ macam yang lepas. Dalam exercise kali ini seramai 19 orang terlibat diketuai oleh aku sendiri. Walaupun Yodas ada tapi disebabkan dia belum pernah mendaki gunung ini lagi jadi dia serahkan pada aku untuk lead exercise ini.
01 Mac 2010
0745 hrs
Semua berkumpul di Minor Lines untuk berlepas dalam suasana gembira. Kami menguji keberatan pack masing-masing.
0834 hrs
Berlepas dari Minor Lines, menaiki 1 4WD, 2 van & 2 land rover. Dalam perjalanan berhenti sarapan di Simpang Pulai. Lepas tu sambung perjalanan ke Gua Musang & rehat lunch kat Gua Musang. Aku makan kari kambing, tapi rasanya karinya dicampur susu sebab agak muak, tapi licin juga pinggan.....
Lepas lunch & beli barang sikit-sikit, teruskan perjalanan ke Merapoh, Kuala Lipis.
1430 hrs
Sampai di pejabat Taman Negara, Sg. Relau. Jumpa Timbalan Penguasa Taman Negara, sembang-sembang sikit. Yang tak syoknya kami tak dibenarkan bermalam di Kem Kuala Juram. Tapi sihir punya sihir akhirnya dia benarkan juga tapi mesti diawasi staf diorang. Gasak la.....asal boleh tidur kat situ.
Lepas tu kami masuk ke Kem Kuala Juram dengan kenderaan kami sendiri, kalau ikutkan kami kena sewa kenderaan diorang.
Di Kem Kuala Juram, banyaknya ikan kelah.....tapi tak boleh buat apa, setakat boleh bagi makan & main-main je......
Aku, Yodas, Bronco, Sweeper, Tatak, Tok Perak & Jaie (Staf Taman Negara) tidur kat sebuah bangunan kosong kat situ. Yang lain ada yang tidur kat surau & kantin. Petang lepas mandi, kami masing-masing masak. Kami dah abis makan, Jaie masih tak habis masak lagi. Heran dia tengok kami cepat sangat siap.....komando la katakan....semua kena pantas.
2 Mac 2010
Malam tadi aku mengigau, abis riuh satu berek tu. Tah apa yang aku mimpi lupa dah. Lepas bangun pagi, breakfast & buat persiapan untuk bergerak. Ucapkan selamat tinggal pada Jaie dan sesi bergambar sebelum mulakan perjalanan. Untuk pendakian ni aku pecahkan kumpulan 19 orang kami ni kepada tiga group iaitu recon group, main group & sweeper group. Aku dalam main group.
0830 hrs - Bergerak
Selepas bagi taklimat & doa, kami pun mulakan perjalanan.
1019 hrs – Kuala Luis
Ada camp site cantik rupanya tak jauh dari situ.....silapla....sepatutnya kami tidur disini semalam...dah tentu kenyang makan ikan...... Lepas rehat kejap kat situ, kami teruskan perjalanan. Dalam perjalanan kami terserempak dengan pendaki-pendaki dari Jabatan Penjara Malaysia, lebih dari 100 orang.....ramainya......tapi tak rugged la, kalau naik gunung ikut Kuala Juram & turun ikut jalan yang sama, xde thrill la....sepatutnya buat macam kami ni, naik Kuala Juram & turun ikut Kuala Tahan, baru adventure namanya.....kalau nak extreme lagi naik ikut Kuala Tahan, turun ikut Kuala Juram.....kalau tak tahan boleh mati ooooo......
1211 hrs – Lata Luis
’ We abuse land because we regard it as a commodity belonging to us. When we see land as community to which we belong, we may begin to use it with love and respect. ‘ – Aldo Leupold
1530 hrs – Kem Kor
‘ Only when the last tree has died and the last river been poisoned and the last fish been caught will we realize that money can’t buy anything. ‘ – Cree Indian Proverb.
3 Mac 2010
Pagi ni jari tangan Yodas kena parang, tah macamana boleh kena pun tak tau....tapi ngeri tengok darah, banyak sampai menitik-nitik. Tiga orang medic rawat tangan dia, Jumbo, Romeo & Chewel.....baik punya dressing.
0930 hrs – Bergerak
Pergerakan dari Kem Kor ke first bounce untuk hari ini iaitu Kem Permatang, aku sangat bertenaga walaupun trek mendaki telah bermula.
1030 hrs – Kem Permatang
’ Nature gave mens two ends. One to sit on and one to think with. Ever since then, man’s success or failure has been dependent on the one he used most. ‘ – George R. Kirkpatrick.
Lepas rest kejap kat Kem Permatang, perjalanan diteruskan ke Kem Kubang. Trek agak teruk kerana trek dakian menegak. Aku alami keletihan melampau, tiba-tiba lutut aku lembik, mengantuk & lapar yang amat sangat. Tak pernah aku alami sindrom macam ni sebelum ni. Aku terus keluar trek, tanggalkan pack & terus keluarkan ration. Habis sebungkus Chipsmore, baru lah lega & perjalanan diteruskan.
1500 hrs – Kem Kubang (4420 ft)
’ Unless we practice conservation there who come after us will have to pay the price of misery, degradation and failure for the progress & prosperity of our day. ‘ – Giffort Pinchot.
Mak datok…..jauh nya water point kem ni…..jauh ke bawah…..jawabnya sekali je la turun ambik air.
Kedudukan khemah kami yang rapat-rapat menceriakan suasana hening hutan. Cuma base Dagger & Micro je jauh dari kami. Diorang buat base kat bawah, jalan menuju water point.
Dah mula sejuk malam ni.....nasib baik la aku tak post semula sleeping bag aku kat Sabar kat Kuala Juram kelmarin, tahan la sikit sejuk tidur dalam sleeping bag. Mana yang tidur dalam hammock tu nasib la.....
4 Mac 2010
0830 hrs – Bergerak
Sepanjang perjalanan ke first bounce hari ni iaitu Kem Belumut, trek kering & tak berlumpur macam first time naik dulu. Selamat kasut aku.....
0925 hrs – Kem Belumut (4640 ft)
’ Humankind has not woven the web of life. We are but one thread within it. Whatever we do to the web, we do to ourselves. All things are bound together. ‘ – Chief Seattle.
Masih ada lagi burung jinak kat sini. Aku pun tak tau apa spesis burung ni. Tapi dah tinggal sekor. Yang lepas dua ekor.
1230 hrs – Kem Bonsai (5640 ft)
’ For in the true nature of things, if we rightly consider, every green is far more glorious than if it were made of gold and silver. ‘ – Martin Luther
Pemandangan indah telah bermula disini. Dari sini jelas sayup nampak trek ke Gunung Botak. Rest kat sini sampai jam 1400 hrs.
Perjalanan diteruskan ke Kem Botak. Pemandangan sangat cantik, sukar digambarkan dengan kata-kata. Kena tengok dengan mata kepala sendiri.
1500 hrs – Kem Botak (6240 ft)
’ The earth we abuse & the living things we kill, in the end, take their revenge; for in exploiting their presense we are diminishing our future. ‘ – Marya Mannes.
Sampai Kem Botak terus pasang khemah. Semua pokok renek & mukabumi berbatu batan disini. Cahaya matahari agak terik tapi suhu masih sejuk disebabkan kedudukan tinggi. Waterpoint ada & tak jauh dari camp site. Risau juga takde waterpoint kat sini maklumlah musim kemarau. Dulu musim hujan memang takde masalah air. Walaubagaimanapun tercapai juga cita-cita aku nak bermalam di kem ni, aku teringin nak bermalam di kem ni sejak kali pertama lagi mendaki Gunung Tahan.
Petang ni sambil lepak-lepak minum petang, menikmati pemandangan indah kawasan pergunungan. Dari kem ni nampak gunung-gunung disekeliling, termasuklah gunung Korbu & gunung-gunung di sebelah Thailand. Sangat damai suasana disini. Ada beberapa ekor helang gunung yang gagah berterbangan, seolah-olah ingin menunjukkan penguasaan mereka di pergunungan itu. Bila tiba waktu senja dapat menikmati dan mengambil gambar pemandangan matahari terbenam.
Malam ni sejuk sangat, tambah lagi dengan angin kuat. Langit terang & banyak bintang. Tak boleh lama kat luar khemah. Jam belum mencecah 2200hrs lagi dah ramai yang lepak dalam khemah. Cuaca sejuk menyebabkan ada yang buat stokin jadi sarung tangan & underwear jadi sarung kepala.....apa la punya komando.....buat lawak betul.....Yang masih boleh menyembang kat luar cuma Yodas, Bronco, Jumbo & Abuya aje....tahan plak sejuk diorang. Abuya siap tunggu bulan mengambang lagi nak ambik gambar.
5 Mac 2010
0900 hrs – Bergerak ke kemuncak Gunung Tahan.
0940 hrs – Puncak Gunung Tahan. (6920 ft)
’ We make a living by utilizing the environment, but we make a life by conserving the environment ’ – Khairi Alwi.
Tiba di kemuncak, kami ambil gambar. Rupa-rupanya Abuya dah bawa plate yang ditempah khas untuk diletakkan di puncak. Docker siap bawa simen lagi. Di plate tu tertera nama-nama kami untuk pendakian kali pertama dan yang kali ini. Jangan ada mana-mana kutu yang tanggalkan dah la....Kesempatan diatas puncak ini juga kami gunakan untuk calibrate altimeter handheld GPS masing-masing.
1050 hrs – Bergerak untuk turun.
Cabaran sebenar Gunung Tahan bermula.......menuruni Gunung Tahan melalui Kuala Tahan adalah cabaran sebenar. Mukabuminya yang agak ekstrim membuatkan cabaran lebih bila mengikuti jalan ini. Sebab tu jarang ada pendaki yang turun dari puncak ikut jalan ini. Sasaran kami ialah untuk sampai di Wray’s Camp pada hari ini & bermalam disana. Tapi jarak agak jauh & dikhuatiri tiada air di sepanjang perjalanan. Tapi mengikut maklumat yang kami terima dari budak Guide Taman Negara yang kami jumpa, di Wray’s Camp ada sungai, setahu aku takde, sebab aku pernah bermalam disana dulu. Ini lah risikonya bila bergerak sendiri tanpa Guide. Tapi takpe......title komando kena jaga.....Walaubagaimanapun pemandangan menuruni puncak ikut Kuala Tahan sangat indah berbanding ikut Kuala Juram.
1250 hrs – Kem Padang
Recon Group & Main Group bercantum disini. Berehat seketika. Tiba-tiba Micro dari Sweeper Group sampai sorang-sorang, dia bagitau Bronco cirit birit & flat lebih kurang 1 km di belakang & minta bantuan dari kami untuk bawa pack dia kesini. Tanpa disuruh, Yavuz & Tatak terus patah balik untuk beri bantuan. Inilah perkara yang sangat aku takut, anggota sakit atau cedera. Takkan nak medevac dengan helikopter kot.....
Tak lama selepas tu Bronco dengan sweeper group sampai. Dia boleh berjalan tapi lemah sangat. Kami ambil keputusan untuk membahagikan barang-barang dia & kami tolong bawa. Aku target ke Kem Gedong & stay foot disitu sehingga Bronco sihat. Tapi aku takut jika takde waterpoint.....
1430 hrs – Bergerak
Walaupun risau dengan keadaan Bronco, tapi kerisauan aku terubat dengan menikmati pemandangan indah di sepanjang perjalanan ke Kem Gedong.
1530 hrs – Kem Gedong (5940 ft)
Matahari terik disini, cantik. Yavus jumpa waterpoint, agak jauh dari campsite tapi tak sejauh macam di Kem Kubang. Alhamdulillah....aku terus buat keputusan muktamad untuk harbour kat sini. Diorang semua akur keputusan aku. Harap-harap Bronco sihat la lepas ni.
Pemandangan kat sini lagi cantik dari Kem Botak. Macam Grand Canyon.....Bila senja menjelma, cuaca makin sejuk sampai ke tulang hitam. Lepas solat Maghrib kat luar khemah aku terus masuk ke dalam khemah....sejuk....
Malam ni aku makan nasi banyak, nasi aku masak penuh water cup habis aku sental sebab selera makan dengan ikan tenggiri masam goreng. Habis semua ikan tu aku goreng. Lepas makan aku teringin nak lepak-lepak kat luar, tapi sejuk sangat, aku tak tahan. Walaupun angin takde macam kat Botak Camp, tapi suhunya macam dok dalam peti ais. Apalagi lepak dalam khemah berbungkus dalam sleeping bag la……
6 Mac 2010
0845 hrs – Bergerak
Alhamdulillah, Bronco dah semakin sihat hari ni. Perjalanan pada hari ni diramalkan agak mencabar. Salah satu sebabnya ialah jarak yang agak jauh serta mukabumi yang agak mencabar. Dalam perjalanan hari ini aku plan untuk sampai ke Kem Putih, tapi aku sendiri tak yakin samada kami boleh sampai atau tidak.
Tangga-tangga untuk ke Gunung Reskit dah cantik & teguh. Tak macam dulu. Dah berganti lain ni......memang tak gayat langsung kali ni. Takde thrill la plak.....Tangga-tangga pun dah banyak bersambung-sambung, jadi dah takde tangga-tangga yang panjang & lendut macam dulu. Tak silap aku ada 7 tangga semuanya.
0935 hrs – Gunung Reskit (5280 ft)
1059 hrs – Gunung Tangga 15 (4980 ft)
1215 hrs – Kem Pangkin (4060 ft)
1346 hrs – Wray’s Camp
Rest tengahari di Wray’s Camp sebab Bronco perlu makan untuk recover tenaga. Maklumla orang cirit birit. Main group je yang rest kat area tu, aku, Jengkeng, Raptor, Chip, Bronco & Romeo. Recon group tah mana-mana dah kat depan. Sweeper group rasanya diorang rest kat Kem Pangkin. Bronco sorang je yg makan, yang lain rest, malas nak masak. Sementara Bronco makan Jengkeng pergi recce waterpoint mengikut maklumat yang kami terima ada sungai besar kat situ, tapi Jengkeng tak jumpa pun. Aku yakin, memang takde sungai di kawasan Wray’s Camp ni. Nak refer topo map pun kami tak bawak, harap GPS je. Tapi kat dalam GPS takde sungai pun.
Lepas rest, teruskan perjalanan. Sangat memeritkan, walaupun muka bumi agak mendatar, tapi disebabkan tiada sumber air, kebanyakan dari kami dah exhausted, tapi boleh dikawal lagi. Ni namanya cabaran, kalau senang je semua, mana nak datangnya cabaran. Aku ambik keputusan untuk menamatkan perjalanan ke Kem Teku je untuk hari ni.
1736 hrs – Kem Teku
Kumpulan aku sampai di Kem Teku. Recon group sampai jam 1700 hrs tadi. Sweeper group sampai jam 1830 hrs. Boleh dikatakan semua keletihan. Jengkeng dapat gelaran 400 hari ni. Mana taknya bila orang tanya jauh lagi ke Teku Camp, dia kata lagi 400 meter, 400 meter apa…..tak sampai-sampai…..
Bila semua sampai, aku telah ambik keputusan untuk membatalkan rancangan ke Lata Berkoh supaya tidak lari dari time frame exercise ini. Jadi untuk esok aku buat keputusan akan bergerak ke Kem Putih & bermalam disana. Jarak dari Kem Teku ke Kem Putih tak jauh, jadi kami boleh bergerak lewat sikit. Keputusan aku telah disambut dengan gembira oleh semua trooper.
Aku rasa sejuk nak mandi, lain macam je rasa badan ni, macam nak demam plak. Malam ni aku berkali-kali masak air, dahaga je. Mungkin sebab banyak kehilangan air hari ni. Jengkeng & Docker derma maggie mee kat aku hari ni. Altis plak bagi fruit cake. Last sebelum tido pekena kopi tongkat ali. Abuya bagi, pastu tido. Paling selesa tido malam ni, sebab tak berapa sejuk sangat macam kat Kubang, Botak & Gedong.
Kejadian Bronco cirit birit sebenarnya ada rahmatnya. Kalau tak kerana dia cirit birit, dah tentu aku tak akan buat keputusan bermalam di Gedong Camp & teruskan perjalanan. Bayangkan perjalanan jauh dari Gedong ke Teku takde sumber air langsung, tambah pulak dengan hari yang dah lewat, dah tentu harbouring bersepah-sepah punya macam kali pertama dulu & mungkin lagi teruk. Sesungguhnya Tuhan itu maha kaya.....
7 Mac 2010
Pagi ini agak tenang, tiada kelam kabut dan stress sebab aku dah bagi arahan untuk bergerak lewat dari biasa.
1000 hrs - Bergerak
Kami semua bergerak menuju ke Kem Putih. Memang kami sasarkan untuk harbour di sana. Perjalanan kurang mencabar berbanding pendakian sebelum ini, mungkin kerana musim kemarau dan air sungai kurang.
1330 hrs - Kem Putih (640 ft)
Bersantai lagi sekali disini........Malam ni agak meriah berborak, mengimbau kenangan pendakian sebelum ini dimana semasa kami harbouring disini sebelum ini hampir kena kepala air yang dasyat.
8 Mac 2010
0830 hrs - Bergerak
1150 hrs - Kem Tengah
1530 hrs - Kem Melantai (460 ft)
Makan besar ramai-ramai, habiskan ration masing-masing. Aku yang dah makan 2 bungkus magie mee pun boleh makan nasi yang Jengkeng & Yavuz beri.
Tengah berborak-borak malam ni, tiba-tiba bunyi kuat berderap seperti dipijak, itulah bunyi derap langkah gajah, apalagi....pesta unggun sampai pagi la jadinya.
9 Mac 2010
0930 hrs - Bergerak
Hari terakhir moving, ada kesan gajah sepanjang perjalanan, masih baru lagi, bau nya pun kuat. Rockeram yang asalnya jadi tracker telah menyerahkan tugasnya pada Tatak. Berderet rapat-rapat kami belakang Tatak. Dalam perjalanan ke Kuala Tahan, didapati trek dah semak, banyak papan tanda yang dah patah, bukan pasal vandalisme ni, tapi vandalisme binatang buas ni. Kg Orang Asli Batek pun dah takde lagi.
1315 hrs - Kuala Tahan
Sampai je restoran terapung di Kuala Tahan, aku terus order soya bean. 3 tin soya bean aku bedal. Malam ni kami bermalam di Diana Hostel.
10 Mac 2010




cerita yang telah diolah menarik...tak sangka 'komando' juga pandai bercerita...teruskan,saya terhibur.salute!!!
ReplyDelete